Pages

Saturday, November 13, 2010

Aktiviti Pengajaran dan pembelajaran untuk aktiviti pemulihan / berprestasi rendah murid-murid.

Aktiviti Pengajaran dan pembelajaran untuk aktiviti pemulihan / berprestasi rendah murid-murid.
Objektif : Mengukur dan membandingkan kandungan cecair dengan menggunakan alatan yang boleh mengandungi air menggunakan unit bukan piawai.
Hasil Pembelajaran : Selepas pengajaran dan pembelajaran ini, murid-murid dapat: 
  1. Menggunakan unit piawai (ml dan l) dan unit bukan piawai.

Pengetahuan Sedia Ada :
  1. Murid mengetahui bahawa sesuatu bekas yang tidak bocor boleh digunakan untuk menakung air;
  2. Murid telah belajar bagaimana untuk membandingkan objek: lebih atau kurang, banyak atau sedikit, tinggi atau rendah.
Strategi:
Bermain sambil belajar

Alat Bantu Mengajar:KLIK DI SINI
Dua Bekas cawan, silinder penyukat, air yang diwarnakan,
lembaran kerja  KLIK DI SINI



Kosakata:
Lebih, kurang, kosong, setengah penuh,
ml, l

Langkah-langkah : 



  • Menjalankan set induksi untuk menarik perhatian pelajar tentang sesuatu yang mustahil ( magik) berdasarkan video.











From Smaller To Greater. Amazing Optical Illusion! - Click here for this week’s top video clips


Penerangan :
Guru cuba mencungkil idea murid bagaimanakah keadaan tersebut boleh berlaku dan menyatakan alasan dalam ukuran-ukuran yang boleh digunakan untuk mengukur air tersebut.

  1. Guru menayangkan video tentang keajaiban yang berlaku dan bertanyakan solaan yang dikemukan mengapakan ia boleh berlaku.
  2. Guru membuat teka teki lagi tentang bilangan air yang boleh diisi ke dalam cawan melalui teko air yang disediakan seperti berikut:


  3. Guru meminta murid untuk membuat inkuiri penemuan tentang kandungan isipadu cecair yang disi sama ada lebih banyak, kurang, setengah dan penuh melalui aktiviti yang dijalankan dengan mengisi borang yang disediakan oleh guru melalui aktiviti atau langkah seterusnya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran berikutnya.
  4. Murid diagihkan mengikut kumpulan yang diagihkan. Setiap kumpulan diberikan arahan untuk membuat eksperimen dan kajian.
  5. Murid mengambil bahan dan alatan yang telah disediakan dihadapan kelas seperti berikut :


  6. Setiap kumpulan satu set bekas (cawan, gelas,  teko) dengan ukuran yang berbeza dengan menggunakan set ukuran isipadu cecair. Ahli kumpulan juga membawa bekas air untuk ahli kumpulan mereka yang telah dibawa dari rumah untuk aktiviti ini.
  7. Guru meminta murid untuk mengendalikan aktiviti berdasarkan borang atau jadual aktiviti  KLIK DISINI kandungan air untuk menjelaskan jawapan bagi setiap soalan yang diberikan.
  8. Murid diminta melakukan aktiviti berulangkali untuk mendapatkan jawapan yang tepat dan menggarkan jika jawapan yang diperolehi agak berbeza dengan ahli kumpulan yang sama yang melakukan aktiviti.
  9. Setiap ulangan aktiviti yang dilakukan akan melakukan kira-kira bagi soaln yang diberikan dalam jadual aktiviti.
  10. Murid diminta mengisi kesimpulan iaitu perbandingan daripada aktiviti yang dilakukan  dalam mengukur kandungan cecair dalam soalan yang dikemukakan.KLIK DISINI





Related Article:

Kiriman Popular

Sembang-sembang

 

PENGENALAN

Selamat datang ke laman web Pendidikan Jarak Jauh Semester September OUM-KPM Kohort 7
Laman ini bertujuan dibangunkan bagi memenuhi kehendak tugasan matapelajaran HBMT2103 TEACHING MATHEMATICS IN YEAR TWO


Disempurnakan Oleh
Japaruddin Bin Mohamad
Ambilan Kohot 7 2009

TARIKH/HARI

KALENDAR JUAK