Pages

Sunday, November 14, 2010

Aktiviti Pengajaran dan pembelajaran untuk aktiviti penggayaan / berprestasi tinggi murid-murid.

Aktiviti Pengajaran dan pembelajaran untuk aktiviti penggayaan / berprestasi tinggi murid-murid.


Objektif : Mengukur dan membandingkan kandungan cecair dengan menggunakan alatan yang boleh mengandungi air menggunakan unit piawai.

Hasil Pembelajaran : Selepas pengajaran dan pembelajaran ini, murid-murid dapat
1. Menggunakan unit piawai (ml dan l).

Pengetahuan Sedia Ada :

Murid telah belajar bagaimana untuk membandingkan objek: lebih atau kurang, banyak atau sedikit, tinggi atau rendah.
Murid telah mengetahui penggunaan unit mililiter dan liter.


Kosakata:
Lebih, kurang, kosong, setengah penuh,
ml, l, unit piawai, unit bukan piawai

Bantuan pengajaran:
Sukatan isipadu cecair pelbagai saiz dan bentuk, Baldi, botol mineral, teko air, cawan,
gelas, lembaran kerja, sampul arahan,alatan/bahan dari rumah dan persekitan sekolah.


Langkah-langkah:


  1. Guru menayangkan video 1 tentang membuat ukuran yang baik dan betul daripada nilai yang sedikit ke tinggi ukuran bagi cecair.


    Video 1

    Video 2

  2. Guru mengimbas kembali tentang pelajaran yang lepas iaitu hubungkait mengukur cecai dengan menggunakan unit piawai liter(l) dan mililiter (ml) dengan menunjukkan video 2 tentang etika semasa membaca ukuran kepada murid-murid.
  3. Guru membuat teka teki tentang kandungan jumlah air yang terdapat dalam teko air yang boleh diisi ke dalam cawan melalui bekas untuk mengukur ukuran unit piawai isipadu dengan menggunakan silinder penyukat.

  4. Murid diagihkan mengikut kumpulan yang diberikan. Setiap kumpulan akan mendapat arahan (dalam sampul) untuk membuat eksperimen dan kajian.
  5. Guru meminta murid untuk membuat inkuiri penemuan tentang kandungan isipadu cecair yang disi sama ada lebih banyak, kurang, setengah, apa penuh melalui aktiviti yang dijalankan dengan mengisi borang yang disediakan oleh guru melalui aktiviti yang disediakan dengan melabel paras air pada bekas yang dibandingkan dengan objek bekas air yang lain yang dibawa dari rumah seperti kontena, botol air miniral, botol minuman, gelas dan cawan serta objek yang boleh untuk menanda aras.
  6. Murid mengambil bahan dan alatan yang telah disediakan dihadapan kelas.
  7. Setiap kumpulan satu set untuk mengukur cecair yang berbeza seperti dihalaman ini. KLIK DI SINI
  8. Guru meminta murid untuk mengendalikan aktiviti berdasarkan borang atau jadual aktiviti kandungan air untuk menjelaskan jawapan bagi setiap soalan yang diberikan. KLIK DI SINI
  9. Murid diminta melakukan aktiviti berulangkali untuk mendapatkan jawapan yang tepat dan menggarkan jika jawapan yang diperolehi agak berbeza dengan ahli kumpulan yang sama yang melakukan aktiviti.
  10. Setiap ulangan aktiviti yang dilakukan akan melakukan kira-kira bagi soaln yang diberikan dalam jadual aktiviti.
  11. Murid diminta mengisi kesimpulan daripada aktiviti yang dilakukan iaitu mengapa, bagaimana dan kepentingan menggunakan ukuran yang piawai dalam mengukur kandungan cecair dalam soalan yang dikemukakan. KLIK DI SINI




    Related Article:

    Kiriman Popular

    Sembang-sembang

     

    PENGENALAN

    Selamat datang ke laman web Pendidikan Jarak Jauh Semester September OUM-KPM Kohort 7
    Laman ini bertujuan dibangunkan bagi memenuhi kehendak tugasan matapelajaran HBMT2103 TEACHING MATHEMATICS IN YEAR TWO


    Disempurnakan Oleh
    Japaruddin Bin Mohamad
    Ambilan Kohot 7 2009

    TARIKH/HARI

    KALENDAR JUAK