Pages

Sunday, November 14, 2010

Kesimpulan



 Secara kesimpulan sepanjang menjalankan tugasan ini, didapati bahawa untuk mengukur tahap pencapaian konsep isipadu cecair dikalangan murid-murid ini adalah dipengaruhi oleh pelbagai faktor iaitu :

  1. bantuan pengajaran aktiviti yang dijalankan dalam bentuk konkrit.
  2. tahap penerimaan dan penaakulan minda pemikiran 
  3. pengaruh gaya hidup murid-murid berdasarkan pengalaman atau pengetahuan sedia ada.
  4. kreativiti guru menjalankan aktiviti yang dijalankan
  5. unit atau ukuran yang digunakan untuk menilai isipadu samaada non standard atau standard.
  6. tahap kecergasan minda dikalangan murid
Maka, berdasarkan faktor-faktor yang dapat dikumpul oleh saya sepanjang menjalankan tugasan ini, aktiviti yang patut dijalankan adalah dengan melakukan amali untuk melakukan aktiviti dalam menunjukkan konsep yang perlu untuk murid-murid fahami. Disamping itu juga, murid-murid yang hendak melakukan aktiviti, haruslah bersedia untuk melakukan aktiviti yang hendak dijalankan supaya penerimaan konsep isipadu cecair dan sukatan antara bekas yang berlainan dapat dilakukan dengan lancar dan baik.


Justeru kefahaman terhadap konsep yang hendak dicapai perlulah mempunyai tahap dan pencapaian yang berbeza dikalangan murid. Ini adalh untuk mengelakkan kekeliruan yang dijangka akan berlaku kerana murid pada tahap ini mempunyai imaginasi yang berbeza tentang kapasiti jumlah air dalam bekas yang berlainan. Bahkan untuk mendalami konsep, ukuran standard dan bukan standard dilaksanakan dikalangan murid-murid tahun 2 dalam sukatan pelajaran kukulum sekolah rendah.


Kesalahafahaman konsep dikalangan murid ini  dapat dielakkan jika penyampaian konsep dari mudah ke konkrit dilaksanakan, proses yang berurutan, dan menggunakan pedagogi serta pendekatan yang bersesuaian mengikut minda dan tahap kecergasan murid-murid.




Related Article:

Kiriman Popular

Sembang-sembang

 

PENGENALAN

Selamat datang ke laman web Pendidikan Jarak Jauh Semester September OUM-KPM Kohort 7
Laman ini bertujuan dibangunkan bagi memenuhi kehendak tugasan matapelajaran HBMT2103 TEACHING MATHEMATICS IN YEAR TWO


Disempurnakan Oleh
Japaruddin Bin Mohamad
Ambilan Kohot 7 2009

TARIKH/HARI

KALENDAR JUAK